Sabah ikat dua import baharu

Iklan
Foto Stadium Astro

SKUAD Sabah mengikat dua pemain import baharu iaitu pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic dan pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su.

Perkara itu diumumkan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Peter Anthony pada sidang media selepas melawat sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Peter berkata,, dua pemain itu menandatangani kontrak selama setahun dengan Sabah dan dua pemain itu dijangka bakal membuat penampilan pertama pada aksi pertama Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDTII) di Stadium Likas, Sabtu ini.

Milunovic yang kini berusia 26 tahun adalah bekas pemain bawah 21 tahun Serbia dengan kelab terakhirnya adalah dengan Melaka United manakala Park yang kini berusia 29 tahun sebelum ini beraksi bersama kelab Hwaseong FC di negara asalnya.

Iklan

"Kita membuat keputusan untuk mengikat dua pemain itu selepas berbincang dengan pengurus dan jurulatih dan dengan kemasukan Milunovic serta Park, kita kini hanya perlu mencari satu lagi pemain bagi melengkapkan kouta pemain import," katanya.

Tambahan dua pemain import itu menjadikan Sabah kini hanya perlu mencari seorang lagi pemain bagi melengkapkan kouta empat pemain import selepas penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic masih memiliki kontrak sehingga pertengahan musim baharu ini.

Iklan

Sementara itu, Peter turut menjelaskan pertukaran maskot pasukan daripada badak sumbu kepada Tambadau atau seladang baru-baru ini adalah sebahagian daripada penjenamaan semula pasukan berkenaan.

"Selepas pentadbiran SAFA ini berubah, kita perlukan sesuatu yang baharu, dan saya yakin dengan penjenamaan semula pasukan Sabah ini, kita akan lebih bersemangat," katanya. --Bernama