Kit Siang gesa kerajaan lulus peruntukan khas lawan Covid-19

Iklan
Lim Kit Siang

SHAH ALAM - Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan meluluskan peruntukan khas bagi mengekang penularan gelombang ketiga wabak koronavirus (Covid-19) pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menurutnya, kerajaan perlu membuktikan kemampuan mereka menyekat penularan gelombang ketiga Covid-19 dan memastikan semua rakyat bersatu padu melawan wabak ini.

Iklan
Iklan

"Ini kerana ada rakyat yang marah ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) melawan Covid-19 sedangkan mereka sepatutnya menjadi contoh teladan baik kepada rakyat.

"Bagaimanakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu memastikan semua rakyat mematuhi SOP Covid-19 sedangkan orang-orang kenamaan seperti menteri boleh melanggari SOP ini tanpa sebarang hukuman?" soalnya.

Iklan

Katanya, seruan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta petugas barisan hadapan bersedia melawan gelombang ketiga Covid-19 perlu didengari oleh seluruh rakyat negara ini.

"Rakyat perlu bersama-sama melawan penularan wabak ini.

Iklan

"Kini rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang lebih tinggi dalam berhadapan gelombang ketiga penularan wabak ini berbanding dengan semasa kita gelombang pertama dan kedua," katanya.