SUNGAI PETANI – Menunggu seawal 5 pagi antara gelagat pesalah trafik bagi membolehkan mereka menjadi orang pertama membuat pembayaran setelah diskaun 50 peratus ditawarkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, biarpun ada yang menunggu sejak awal pagi, namun kaunter semakan dan pembayaran hanya dibuka jam 8 pagi, sepertimana yang telah ditetapkan.
Menurutnya, hari pertama Program Hari Bersama Pelanggan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Muda menerima sambutan menggalakkan yang bermula 26 hingga 28 November 2018.
Sementara itu, Tan Bak Choon, 68, dari Sungai Petani berkata, bagi mengelakkan kesesakan, dia datang seawal jam 7 pagi.
"Saya ingat saya orang paling awal sebab kaunter buka jam 8 pagi tetapi dah ada tujuh orang menunggu, saya orang yang kelapan,” katanya proses pembayaran hanya selesai pada jam 8.30 pagi.
Seorang pelanggan, Azizah Jaya, 50, dari Guar Chempedak, Yan berkata, setelah mendapat tahu tentang tawaran diskaun saman sebanyak 50 peratus dia mengambil peluang berkenaan dan keluar dari rumah seawal jam 10.30 pagi untuk sampai kira-kira setengah jam kemudian.
Menurutnya, apabila sampai mendapati kesesakan berlaku sehingga menyebabkan kenderaan terpaksa diletakkan lebih jauh.
"Lepas buat semakan baru saya tahu ada saman sejak 2011 dan 2013, kesemuanya ada tiga saman. Tetapi selepas dapat tawaran 50 peratus, saman dikurangkan kepada RM210 sahaja,” katanya.
Menurut Azizah, walaupun setelah dua jam menunggu, proses pembayaran masih belum selesai disebabkan terlalu ramai orang yang menunggu giliran.
"Kaunter perlu diperbanyakkan agar mempercepatkan proses pembayaran saman sebab kita tahu ramai orang mengambil kesempatan untuk merebut tawaran diskaun,” katanya.
Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia kerana memberi peluang kepada pesalah trafik membayar saman lebih murah dari harga sebenar.
Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 8 pagi mendapati, orang ramai bersesak sejak awal pagi untuk membayar saman dengan harga lebih murah, namun jumlah kehadiran semakin beransur kurang pada jam 1 petang.