Unisel benarkan pelajar kekal di kampus
Iklan
SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) membenarkan pelajarnya kekal berada di kampus bagi mengikuti aktiviti akademik sehingga peperiksaan akhir pengambilan semester sesi Julai/Ogos 2020 tamat.
Presiden merangkap Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebenaran itu melibatkan khususnya pelajar yang telah berada dalam kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik.