MB Selangor doakan dua ADUN dijangkiti Covid-19 segera sembuh

Iklan
Kenyataan dimuat naik Amirudin di Facebooknya sebentar tadi.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendoakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) supaya segera sembuh.

Amirudin mengesahkan beliau telah menerima berita dua ADUN Selangor iaitu ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei dan ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor positif Covid-19 hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya menerima berita dua orang Ahli Dewan Negeri Selangor disahkan positif Covid-19 hari ini iaitu (YB) Lim Yi Wei (ADUN Kampung Tunku) dan (YB) Shatiri Mansor (ADUN Kota Damansara).

"Saya mendoakan agar kedua-dua sahabat saya ini diberi kesembuhan dan kesihatan seperti sediakala. Semoga mereka dan keluarga diberi kekuatan bagi mengharungi ujian ini," katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Iklan

Amirudin berkata, segala urusan melibatkan kedua-dua kawasan DUN berkenaan akan diselaras dan dimudahcara di antara pejabatnya dan pusat khidmat yang terlibat.

"Marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dijangkiti diberi kesembuhan dan agar kita semua dilindungi sentiasa dari wabak ini," katanya.

Iklan

Terdahulu, Yi Wei mengesahkan dirinya positif wabak Covid-19 menerusi keputusan ujian saringan kali kedua hari ini.

Menurut Yi Wei, selepas kembali dari Sabah pada 27 September lalu, pihaknya telah menjalani ujian saringan pertama di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan turut dipakaikan gelang merah jambu.

Shatiri menerusi video yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau turut mengesahkan positif wabak tersebut.

Menurutnya, isteri dan dua anaknya turut disahkan dijangkiti virus berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Kampung Tunku positif Covid-19

Seorang lagi ADUN Selangor positif Covid-19