Selesa berhijab dalam ombak

Iklan
Bertudung tidak menghalang Mona Rasidah aktif dalam sukan lasak ini.

KUANTAN - Siapa sangka wanita berusia 33 tahun ini lincah menahan gelungan ombak.

Namun itulah, Mona Rasidah Abdul Rashid, 33, yang sering 'bermain' ombak di Teluk Chempedak Kuantan.

Iklan
Iklan

Namun, Mona Rasidah mendapat perhatian apabila sentiasa mengenakan tudung ketika beraksi di pantai itu.

Kelincahannya membuktikan dia tidak takut gelungan ombak.

Iklan

Bercerita pada mulanya dia terlibat dalam sukan itu, wanita bertubuh kecil ini berkata, dia 'bermain ombak' sejak 2010 dan merasakan sukan luncur ini sebati dengan dirinya.

Mona Rasidah turut mengakui lebih selesa untuk kekal bertudung ketika dilaut sekali gus membuktikan penampilan bertudung bukan halangan golongan wanita menceburi sukan luncur ombak.

Iklan

Ada betulnya pendapat wanita ini tudung turut membantu untuk lebih fokus ketika sedang beraksi.

"Saya rasa berhijab lebih kemas dan lebih selamat untuk saya surf (luncur) sebab bila free hair dan bergulung didam laut ia akan mengganggu fokus untuk mengambil ombak bagi beraksi.

"Jadi bila berhijab ini saya rasa selamat dan tidak ada yang mengganggu saya sewaktu berluncur kerana rambut saya kemas didalam hijab,” katanya ketika ditemui di Teluk Chempedak, baru-baru ini.

Katanya, lokasi rumah yang berdekatan dengan Pantai Teluk Cempedak antara faktor dia sentiasa meluncur minatnya terus timbul selepas melihat ramai rakan lelakinya sekampung meluncur ombak.

Bercerita lanjut pengalaman pertama kali melakukan luncur ombak, Mona Rasidah berkata sememangnya menakutkan namun perasaan takut kepada ombak itu akan perlahan-lahan dapat mengatasi apabila kerap melakukan latihan.

Mona Rasidah mengakui pada mulanya dia takut melihat peluncur seolah-olah bergulung di dalam ombak.

"Tapi sebenarnya, bila kita sendiri mencubanya, keadaan memang tak sama seperti yang kita tengok.

"Sebenarnya kita boleh handle,so cuba dulu baru kita tahu. Itulah pengalaman saya dan rasanya saya boleh sampai sekarang,” katanya.

Aksi Mona Rasidah ketika 'meredah' ombak

Jadi juara di Terengganu

Mona Rasidah memaklumkan, dia banyak belajar daripada pengalaman rakan dan juga mengambil panduan daripada youtube.

Wanita ini bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami yang turut meminati sukan meluncur ombak sekali gus menguatkan semangatnya untuk terlibat dalam sukan lasak terbabit.

Menurutnya, dia kini dalam usaha mengumpulkan satu komuniti bagi menarik lebih ramai wanita yang berminat bermain luncur ombak ketika musim tengkujuh dan papan selaju ketika di luar musim tengkujuh.

Mona Rasidah mengakui sejak menceburi sukan lasak ini, beliau kerap kali dinobatkan sebagai juara.

Bagi Mona Rasidah, dia berbangga walaupun menjadi peserta tunggal mengenakan tudung dalam kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk baru-baru ini.

Ternyata, wanita bertudung mampu menunjukkan kebolehan walaupun berada di laut lepas.

"Masa kejohanan itu saya dinobatkan sebagai juara kategori terbuka,” katanya.