Lebih 10 tahun 'cikgu' hidup dalam sampah

Iklan
Mohd Hanipah tidak tahan bau busuk hasil longgokan jiran mereka memaksa penduduk sentiasa menutup pintu dan tingkap.

IPOH - Sekali pandang seperti tapak pelupusan sampah, namun ruangan hadapan sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini yang dipenuhi dengan timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan sebenarnya dihuni seorang warga emas.

Lebih menyedihkan, timbunan sampah tersebut adalah hasil kutipan setiap hari oleh wanita yang dikenali dengan panggilan cikgu sejak sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pesara guru berusia lingkungan 60-an itu dipercayai mempunyai masalah mental akan keluar berbasikal bagi mengutip sampah di premis-premis berhampiran untuk dibawa balik.

Tinjauan Sinar Harian mendapati longgok sampah itu dilihat telah menutupi pintu rumahnya dan penduduk mendakwa warga emas tersebut akan memanjat ‘bukit’ sampah terlebih dahulu untuk memasuki rumah dua tingkat miliknya.

Iklan

Derita berjirankan sampah dirasai oleh Sik Eng, 82, dan adik iparnya, Agnes Kam, 65, yang tidak tahan dengan bau busuk daripada longgokan itu.

Rumah cikgu sudah seperti tapak pelupusan sampah hasil kutipannya setiap hari.

Agnes berkata, mereka juga berhadapan dengan masalah nyamuk hingga Sik Eng pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

Iklan

"Sudah banyak kali kami menasihatkannya tetapi dia tidak pernah dengar, malah kami pula dimarahinya. Dia juga akan marah sekiranya kami usik sampahnya.

"Kami sentiasa menutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan dengan bau busuk dan nyamuk yang banyak. Kami sudah tua tentu takut terkena demam denggi lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Menurutnya, wanita itu mempunyai tiga anak tetapi ditinggalkan sendirian serta tidak terurus.

Beginilah keadaan rumah yang didiami seorang warga emas di Taman Bersatu, Simpang Pulai.

"Kami sendiri tidak tahu dia apa yang dia makan, mandi dan sebagainya kerana dia seolah-olah berada di dunianya sendiri.

"Kami kasihan keadaannya tetapi tidak tahu bagaimana hendak tolong,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohd Hanipah Pareeth, 67, mengharapkan ahli keluarga wanita itu dapat bertanggungjawab dengan membawanya mendapatkan rawatan.

"Masalah longgokkan sampah ini tidak akan selesai meskipun berpuluh aduan telah dibuat kepada pihak polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"MBI mengambil masa dua hari untuk bersihkan rumahnya beberapa tahun lalu, tetapi dia tetap kembali kutip sampah hinggakan jam 2.30 pagi dia akan kayuh basikal untuk bawa balik sampah,” katanya.

Beginilah keadaan rumah yang didiami seorang warga emas di Taman Bersatu, Simpang Pulai.

Katanya, mereka bimbangkan keselamatan warga emas itu kerana longgokan sampah akan mengundang haiwan berbisa selain membawa penyakit kepada dirinya dan penduduk taman.

"Kami mengharapkan ada pihak sama-sama membantu untuk mencari penyelesaian sewajarnya,” katanya.