Polis tahan pemandu kereta simbah air kepada jurutol

Iklan
Polis tahan pemandu kereta simbah air minuman kepada jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA - Polis menahan seorang pemandu kereta dalam siasatan kes simbah air minuman kepada jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Tangkapan suspek ini susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 4.25 petang. Siasatan mendapati kejadian pada jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa yang bertugas di Plaza Tol KESAS dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

"Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan tetapi pada jam 9.05 pagi hari sama, suspek datang semula ke tempat mangsa bertugas sebelum memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mangsa lalu beredar," katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, tular satu rakaman kamera litar tertutup di tol berkenaan memaparkan seorang individu menaiki kereta jenis Perodua Bezza yang bertindak keluar dari kenderaannya sebelum menyimbah air minuman berbungkus kepada jurutol.