SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan surat pemberitahuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.
Beliau berkata, surat tersebut adalah selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.