KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah melibatkan satu tender kementerian berkenaan.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berumur 42 tahun itu kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.