Partey enjin baharu The Gunners

Iklan
Partey pembelian terbaharu Arsenal dari Atletico Madrid.

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya bahagian tengah The Gunners akan lebih kreatif mencipta gerakan dengan pembelian Thomas Partey.

Menurut bekas pemain Arsenal berusia 38 tahun itu, kehadiran pemain Ghana berusia 27 tahun dengan status 132 dan 12 gol sepanjang Atletico Madrid akan memperkemaskan lagi nadi tengah kelab London berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya kami telah lama memantau perkembangan Partey, dan amat gembira apabila dapat merekrut pemain berkualiti tinggi sepertinya bagi membawa cabaran kelab ini.

"Partey adalah pemain tengah yang dinamik dengan aura yang hebat ketika berada dalam padang.

Iklan

"Paling penting pengalamannya ketika bersama Atletico Madrid pada saingan La Liga dan Liga Juara-Juara amat berguna dalam mengemudi bahagian penting kelab ini," katanya.

Kelab London itu merekrut Partey dari gergasi La Liga itu dengan harga 52.5 juta pound berkontrak selama empat tahun dengan pilihan semusim lagi.

Iklan

Partey juga dilaporkan akan menerima gaji sebanyak 220,000 pound seminggu seminggu.

Pada masa sama Arteta yang gemar menggunakan formasi 3-4-3 mengakui kagum dengan komitmen dan disiplin tinggi Partey dalam setiap perlawanan ketika bersama Atletico Madrid.

"Kami sangat kagum dengan sikap dan pendekatannya terhadap permainan yang membentuk kematangannya.

"Partey pemain yang cerdas dan kami menantikannya berintegrasi ke dalam sistem Arsenal dan menyumbang kepada kemajuan kelab yang sedang kami bangunkan ketika ini," katanya.

Sementara itu, pengarah teknikal, Edu yang memainkan peranan utama dalam membawa Partey ke Stadium Emirates, optimis pemain itu akan menjadi nilai tambah terbaik mengekalkan konsistensi kelab berkenaan.

"Dia adalah pemimpin dalam dan luar padang, inilah pemain yang kita mahukan untuk bersama kelab ini.

"Dengan permainannya yang serba lengkap dan gaya agresif yang positif, dia akan menjadi nilai tambah cemerlang untuk Arsenal.

"Kami telah melakukan permulaan baik musim ini dan kami ingin terus mengekalkannya dengan Partey kini menjadi sebahagian daripada keluarga kelab kami," katanya.