KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan tidak benar beberapa individu kepada media, yang menggunakan nama dan gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Istana Negara melalui aplikasi WhatsApp.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit.
Iklan
Iklan
"Siasatan sedang dijalankan dan ia dalam proses untuk dilengkapkan ketika ini," katanya hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Seri Paduka dan Istana Negara untuk menyebar berita palsu sama ada bagi kepentingan politik atau peribadi.
Kata Ahmad Fadil, tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Agong dan Istana Negara, malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara dari pelbagai sudut.
Istana Negara menyarankan agar berita-berita palsu tersebut tidak dikongsi bersama untuk mengelakkan tindakan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Artikel Berkaitan