Pasukan penyelamat cari lelaki terjun sungai

Iklan
Zulkifli (dua dari kanan) melawat pos kawalan tempat kejadian yang dibuka bagi operasi mencari dan menyelamat pemuda disyaki terjun dari jambatan Kampung Bukit Sapi, Lenggong hari ini.

LENGGONG - Sepasukan anggota penyelamat digerakkan bagi mencari seorang lelaki berusia 24 tahun yang disyaki terjun dari jambatan Kampung Bukit Sapi di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan dua pegawai dan 40 anggota daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela serta orang awam dilancarkan sejak jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nor Solihin Mohamad Redzuan pada jam 8.20 malam semalam selepas motosikalnya dijumpai di lokasi kejadian.

"Operasi pencarian dilakukan sekitar satu kilometer di Sungai Perak dengan menggunakan lima bot dan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, tiada petunjuk baharu ditemui namun, operasi akan diteruskan sehingga jam 6 petang mengikut keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.