Rapid Rail mohon maaf gangguan KL Monorail pagi tadi

Iklan
Perkhidmatan KL Monorail terganggu susulan workcar yang terkandas ketika memasuki depoh pada jam 4.35 pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memohon maaf di atas gangguan perkhidmatan KL Monorail pagi tadi yang menyebabkan kesulitan kepada penumpangnya.

Rapid Rail menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, gangguan perkhidmatan tersebut berpunca daripada sebuah workcar yang terkandas di suis empat disebabkan kerosakan bogie ketika memasuki depoh pada jam 4.35 pagi.

Iklan
Iklan

"Workcar ialah kenderaan yang digunakan untuk semua kerja-kerja penyelenggaraan di trek manakala bogie merupakan kerangka membawa roda yang dipasang pada gerabak," katanya.

Ketika usaha baik pulih sedang dilaksanakan, Rapid Rail memberitahu, pihaknya telah membuat pengumuman berhubung gangguan perkhidmatan itu di semua stesen, tren serta jaringan media sosial Rapid KL.

Iklan

Menurutnya, penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan KL Monorail juga dinasihatkan mendapatkan pengangkutan alternatif lain dan kakitangan Rapid KL turut mengawal pergerakan bagi mengelak kesesakan di platform.

"Perkhidmatan mula beroperasi dengan tren pertama pada jam 7.57 pagi dan kembali pulih sepenuhnya pada jam 9.42 pagi," katanya.

Iklan