Tukang cuci maut dalam nahas dua kenderaan

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terperosok di bawah kereta selepas terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Kemaman di sini, pagi tadi. Foto: Ihsan JBPM Gebeng

KUANTAN - Seorang tukang cuci maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 34, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 7.20 pagi itu, Siti Rohani Sapeai@Shafie, 38, parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda menunggang di bahu jalan secara melawan arus dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.

Iklan

Menurutnya, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu operator mesin itu pula, dari arah bertentangan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai masuk ke laluan utama menyebabkan pemandu kereta dari arah bertentangan gagal mengelak ekoran jarak terlalu dekat lalu berlaku perlanggaran.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.