“Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!”

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung situasi semasa COVID-19 di kediamannya hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, sesiapa sahaja bakal berdepan hukuman kompaun dan lain-lain tanpa mengira pangkat atau darjat.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu menurutnya, petugas barisan hadapan dari agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat awam untuk memastikan pematuhan dilakukan.

"Pada masa ini kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Iklan

"Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

"Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!,” tegas beliau dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di Facebook hari ini.

Iklan

Muhyiddin turut mengajak orang ramai menghadapi perang menentang Covid-19 bersama kerana pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Beliau juga yakin rakyat di negara ini akan dapat mengulangi kejayaan sama dan mampu memperoleh kemenangan.