Mayat lelaki hilang ditemui terapung

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa di Lenggong hari ini. Foto: ihsan bomba

LENGGONG - Mayat lelaki yang disyaki terjun dari jambatan Kampung Bukit Sapi di sini, ditemukan terapung di tebing Sungai Perak hari ini.

Mangsa, Nor Solihin Mohamad Redzuan, 24, ditemui dalam jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada jam 3.51petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mayat mangsa dijumpai oleh orang awam di tebing sungai kawasan air berpusar.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat dan operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan pada jam 9.30 pagi telah ditamatkan,” katanya.

Iklan

Terdahulu, seramai 2 pegawai dan 40 anggota daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela serta 20 orang awam menyertai operasi tersebut.

Operasi itu digerakkan selepas polis menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8.20 malam semalam selepas motosikalnya dijumpai di jambatan tersebut.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan penyelamat cari lelaki terjun sungai