Bekas pakar sakit puan jadi 'bapa' kepada 17 anak

Iklan
Wildschut terlibat dengan program permanian beradas dengan penderma sperma digelar KID. - Foto: Agensi

AMSTERDAM - Belanda digemparkan lagi dengan skandal baharu teknik persenyawaan in-vitro (IVF) selepas seorang bekas pakar sakit puan didakwa menjadi bapa kepada kira-kira 17 kanak-kanak.

Jan Wildschut melakukan perbuatan itu pada 1981 hingga 1993 ketika dia bekerja di klinik kesuburan Hospital Sophia yang kini digelar Hospital Isala di bandar Zwolle di timur negara itu.

Iklan
Iklan

"Kami mengenal pasti 17 'anak' Wildschut. Tidak diketahui sama ada jumlah 'anaknya' lebih ramai daripada angka tersebut," kata Hospital Isala dalam satu kenyataan dan turut menyifatkan perbuatannya sebagai tidak bermoral.

Ketika itu, Wildschut terlibat dengan program permanian beradas dengan penderma sperma digelar KID.

Iklan

Selepas mendapat tahu tentang perkara itu pada 2019, hospital terbabit memutuskan untuk mendedahkannya kepada umum.

Akhbar De Stentor melaporkan skandal tersebut pertama kali terbongkar selepas seorang anak penderma menemui padanan DNA dengan anak saudara perempuan Wildschut berdasarkan maklumat pada pangkalan data yang meninggal dunia pada 2009.

Iklan

"Kami tidak pernah mengesyaki dia sendiri menjadi penderma sperma. Dia kelihatan jujur pada mulanya," kata individu yang terlibat program itu.

Difahamkan, Badan Jemaah Pemeriksa Kesihatan dan Pemuda Belanda menolak untuk membuka siasatan terhadap kes itu memandangkan ia berlaku ketika tiada peraturan atau undang-undang yang mengatur rawatan kesuburan.

Tahun lalu, Netherlands turut kecoh dengan skandal sama selepas seorang doktor di Rotterdam didakwa menjadi bapa kepada 49 kanak-kanak melalui program sama. - AFP