Calon SPM dikhuatiri lemas di pulau buatan

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan anggota bomba bagi mencari mangsa. Gambar kecil: Kawasan perairan Tanjung Piai dekat pulau buatan lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

PONTIAN - Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikhuatiri lemas selepas terjerlus ke dalam air di pulau buatan dekat perairan Tanjung Piai di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata mangsa Nurul Jannah Zainal, 17 disedari hilang kira-kira jam 10.30 pagi ketika berada di pulau buatan itu bersama adik perempuannya berusia 14 tahun dan bapa angkatnya.

Iklan
Iklan

Katanya, empat penduduk kampung turut berada di pulau buatan itu dan mereka pergi dengan menaiki bot milik bapa angkat mangsa.

"Mangsa dipercayai telah terpijak pasir lembut lalu terjerlus ke dalam air dan terus hilang.

Iklan

"Sebelum kejadian itu, mangsa bersama adik perempuannya telah ke rumah bapa angkat mereka di Tanjung Piai pada Jumaat lalu,"katanya.

Jelasnya, usaha mencari mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Benut itu giat dijalankan.

Iklan

"Polis bersama-sama anggota bomba dan penyelamat, maritim serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA) telah melancarkan gerakan mencari mangsa sebaik sahaja menerima laporan tentang kehilangan mangsa,"katanya.