Panglima ATM tidak hadir mesyuarat MKN Sabtu lalu

Iklan
AFFENDI

KUALA LUMPUR - Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menjelaskan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tidak menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselama-tan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan Markas ATM, sebarang spekulasi yang mengaitkan Affendi sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri juga adalah tidak tepat.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut menghadiri mesyuarat itu disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.

Susulan itu, mereka yang hadir termasuk Muhyiddin dan beberapa ahli jemaah menteri serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengambil langkah kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Affendi dilaporkan sebagai antara yang hadir mesyuarat tersebut berdasarkan kad nama di atas meja di dalam bilik mesyuarat berkenaan. - Bernama

Iklan