Bayern sambar Choupo-Moting secara percuma

Iklan
Choupo-Moting (kanan) memperkuatkan cabaran Bayern Munich.

JUARA Bundesliga, Bayern Munich membuat kejutan pada hari terakhir perpindahan pemain hari ini apabila membawa masuk penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Eric Maxim Choupo-Moting secara percuma.

Choupo-Moting yang pernah beraksi bersama empat kelab Jerman - Hamburg, Nurnberg, Mainz dan Schalke 04 telah menandatangani kontrak setahun bersama Bayern.

Iklan
Iklan

"Ia perasaan yang amat hebat untuk kembali ke Bundesliga dan menyertai kelab terbesar di Jerman. Siapa yang tidak mahu bermain untuk Bayern? Ia satu penghormatan mewakili kelab ini.

"Di Bayern, sasaran setiap pemain sentiasa untuk memenangi segala-galanya dan saya bermotivasi tinggi untuk mencapai sasaran itu. Saya sudah tidak sabar turun ke padang,” katanya.

Iklan

Choupo-Moting yang menghabiskan dua musim bersama PSG tiba di Allianz Arena sehari selepas skuad The Bavarians itu mendapatkan khidmat pemain tengah Espanyol, Marc Roca.

Choupo-Moitng melakukan 51 penampilan dan merekodkan sembilan gol dalam kesemua kejohanan buat PSG selepas berhijrah daripada Stoke City.

Iklan