Melaka wajibkan kuarantin jika pulang dari Sabah, Kedah

Iklan
Melaka mewajibkan individu yang baru pulang dari kawasan berisiko tinggi wabak Covid-19 seperti Sabah dan Kedah menjalani kuarantin di kediaman masing-masing dan mematuhi arahan serta peraturan ditetapkan.

MELAKA TENGAH - Melaka mewajibkan individu yang baru pulang dari kawasan berisiko tinggi wabak koronavirus (Covid-19) seperti Sabah dan Kedah menjalani kuarantin di kediaman masing-masing dan mematuhi arahan serta peraturan ditetapkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kegagalan mematuhi segala arahan dan peraturan ditetapkan mengakibatkan penularan wabak dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan sentiasa mengamalkan amalan normal baharu ini yang mampu memutuskan penularan rantaian Covid-19.

"Kerajaan negeri memandang serius penularan dan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Iklan

Menurutnya, sebagai sebuah negeri pelancongan yang menjadi nadi utama ekonomi negeri, Melaka berharap kepada kedatangan pelancong khususnya pelancong domestik untuk terus menjana ekonomi.

"Semua pihak harus berganding bahu untuk memutuskan rantaian penularan wabak bagi memastikan sektor pelancongan domestik di samping sektor ekonomi dan sosial yang lain dapat terus beroperasi seperti biasa dalam tempoh agak sukar ini," katanya.

Iklan

Khamis lalu media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah dan mengalami gejala demam.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaka tangguh program kerajaan negeri

Ketua menteri, barisan pemimpin kanan jalani swab test