APM siap siaga hadapi peralihan monsun

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menurunkan dan memeriksa sebahagian 75 buah bot pelbagai saiz bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat hingga berisiko banjir ketika musim peralihan monsun di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini.- Foto Bernama

ALOR SETAR - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menurunkan dan memeriksa sebahagian 75 buah bot pelbagai saiz bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat hingga berisiko banjir ketika musim peralihan monsun di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini.

Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata pihaknya yakin dengan anggotanya untuk menghadapi situasi itu kerana mereka pernah mengendalikan stesen kuarantin sebelum ini sekali gus mendedahkan anggota terbabit dengan tatacara efisien dan efektif.

Iklan
Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menurunkan dan memeriksa sebahagian 75 buah bot pelbagai saiz bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat hingga berisiko banjir ketika musim peralihan monsun di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini.- Foto Bernama
Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya siap siaga dengan kekuatan 670 anggota APM beserta ada 14 lori, 14 ambulans dan 75 bot pelbagai saiz, tambahnya lagi musim monsun pada kali ini berbeza pada tahun sebelumnya kerana berdepan dengan situasi semasa kemuncak kes penularan COVID-19 di negeri Kedah. - Foto Bernama