KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memaklumkan hasil ujian pengesanan Covid-19 terhadap beliau yang diambil semalam adalah negatif.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ujian swab yang diambil pada 6 Oktober 2020 adalah negatif,” katanya dalam laman Twitter beliau.