PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menutup ibu pejabatnya di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 di sini bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Jakim dalam satu kenyataan semalam berkata, penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary.