Sindiket pengedaran dadah

Iklan

Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah, susulan penahanan enam lelaki tempatan serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM11.4 juta, dalam empat serbuan di sekitar Kota Damansara pada Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, empat serbuan di lokasi berlainan kira-kira pukul 10 pagi itu, dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman hasil risikan pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

Noor Azam menunjukkan bahan rampasan yang dipamerkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.