PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps memuji ketahanan mental dan komitmen tinggi penyerang veteran, Olivier Giroud walaupun semakin dimamah usia untuk meneruskan kariernya bersama kelab dan pasukan kebangsaan.
"Olivier memiliki kekuatan karakter atas kebanyakan faktor yang berkaitan dengan latar belakangnya. Biarpun mencapai kemuncak prestasi agak lewat, dia tidak pernah merasa tertekan, sebaliknya bangkit dengan kekuatan dalam dirinya.
Iklan
Iklan
"Pada saya, Olivier mempamerkan kekuatan diri ketika berdepan cabaran lawan dengan tenang. Apabila berdepan situasi sukar, dia akan tampil pada tahap yang tinggi dengan mentaliti kemenangan yang kuat,” katanya.
Sementara itu, Giroud bertekad untuk membuktikan dia masih mempunyai peranan penting bersama Chelsea sekalipun hanya tampil selama 17 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
"Saya menulis sebuah buku berjudul 'Sentiasa Percaya' sehingga saya tidak akan pergi ke mana-mana tanpa pergaduhan. Terdapat persaingan tetapi saya akan bertarung dan kami melihat penghargaannya pada akhir musim lalu.
"Saya yakin mempunyai peranan di Chelsea atau mungkin kita akan melihat pada Januari depan (apabila jendela perpindahan dibuka),” katanya yang kini mencecah usia 34 tahun.
Artikel Berkaitan