Wanita bersalin dalam pesawat

Iklan
Seorang bayi dilahirkan di atas pesawat komersial IndiGo yang dalam penerbangan dari Delhi dan mendarat di sebuah lapangan terbang Bengaluru pada malam Rabu lalu. Foto BCCL

NEW DELHI - Seorang wanita melahirkan bayi lelaki ketika menaiki sebuah penerbangan IndiGo dari Delhi ke Bengaluru pada malam Rabu lalu, lapor berita Times Now semalam.

Kedua-dua ibu dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan pesawat berkenaan mendarat di sebuah lapangan terbang Bengaluru pada jam 7.40 malam waktu tempatan, menurut kenyataan daripada IndiGo.

Iklan
Iklan

"Kami mengesahkan bahawa seorang bayi lelaki dilahirkan tidak cukup bulan dalam penerbangan 6E 122 dari Delhi ke Bangalore. Tidak ada maklumat lanjut yang diperoleh.

"Operasi penerbangan adalah normal. Ibu dan kanak-kanak adalah sihat. Tahniah kepada semua. Pujian kepada latihan pasukan pertolongan cemas anda," kata kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Menurut Banglore Mirror, beberapa pegawai dan kakitangan penerbangan menyambut ketibaan bayi dan ibunya itu. - Agensi