Operasi LHDN Kota Kinabalu 8 pagi hingga 1 tengah hari

Iklan

SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan perubahan waktu operasi kaunter bayaran di kaunter duti setem di Kota Kinabalu, Sabah.

LHDN dalam kenyataan berkata, cawangannya di Kota Kinabalu akan beroperasi jam 8 pagi hingga 1 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang bermula semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayar cukai disarankan melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Iklan

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang bermula 9 Oktober