SEREMBAN - Penumpang yang menaiki MyBas dari KLIA2 ke Nilai Sentral pada 30 September diminta segera menghubungi Bilik Gerakan koronavirus (Covid-19) Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam satu hebahan di laman Facebook rasminya memaklumkan, bas dengan nombor pendaftaran NDH 2259 itu berlepas dari Platform B10 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada jam 9 malam dan tiba di Nilai Sentral pada jam 10 malam.