Isu kuarantin: Guan Eng bidas Mohd Khairuddin

Iklan
Guan Eng membidas Khairuddin yang cuba mengaitkan namanya selepas didesak oleh pelbagai pihak supaya kes beliau melanggar perintah kuarantin dibawa ke mahkamah.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang cuba mengaitkan namanya selepas didesak oleh pelbagai pihak supaya kes beliau melanggar perintah kuarantin dibawa ke mahkamah.

Guan Eng berkata, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus seharusnya berhenti daripada terus bercakap, sebaliknya menggunakan ruang mahkamah sebaiknya untuk mempertahankan diri beliau.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya saya tak minat sama kamu pun. Mengapa pula hanya sebut nama saya dan Teresa Kok? Sedangkan ramai yang mendesak kamu didakwa di mahkamah, termasuk kawan kamu sendiri.

"Masuk mahkamah dahulu la baru sembang," kata Guan Eng menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Mohd Khairuddin tidak perlu bersikap rasis dengan hanya mengaitkan namanya dan Teressa kerana apa yang disuarakan mereka itu adalah demi kepentingan rakyat.

Katanya, tujuan mereka bersuara mengenai isu itu adalah bagi memastikan tiada layanan istimewa kepada sesiapa pun termasuk orang kenamaan atau menteri.

Iklan

"Jangan menteri dah buat antara dua darjat, tak kuarantin macam rakyat biasa, tak dihukum macam rakyat biasa kini pula nak melepas geram pun antara dua darjat, hanya sebut saya dan Teresa Kok.

"Cukuplah YB Menteri. Insaflah, rakyat sedang memerhati," katanya.

Semalam Mohd Khairuddin menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, tindakan Guan Eng 'menyerangnya' adalah semata-mata untuk mengalih isu kes rasuah sedang dihadapinya.