24 terima watikah di Istana Negeri

Iklan
Mohd Aripin (kiri) bersama Jafry, Shahelmy, Yakubah dan Ellron mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

KOTA KINABALU - Seramai 24 menteri Kabinet membabitkan gandingan muka baharu dan lama mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Bekas senator, Datuk Kadzim M Yahya mendahului majlis mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diikuti lima portfolio jemaah menteri.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Aripin Mohd Arif yang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas mengangkat sumpah bersama ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar); ADUN Tanjung Keramat, Ir Shahelmy Yahya (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat); ADUN Karambunai, Datuk Yakubah Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) serta ADUN Sook, Datuk Ellron Angin (Menteri Belia dan Sukan).

Istiadat diteruskan dengan angkat sumpah portfolio Pembantu Menteri yang terdiri daripada 18 ADUN dengan didahului ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Adun Bandau, Datuk Wetrom Bahanda yang memegang jawatan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri.

Iklan

ADUN Apas, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan dan ADUN Pantai Dalit, Jasni Daya pula dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury serta ADUN Bingkor, Robert Tawik @ Nordin (Pembantu Menteri Kerja Raya).

Angkat sumpah kemudian diikuti oleh ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Tandek, Hendrus Anding yang memegang portfolio Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan manakala Tamin @ Tamin Zainal, ADUN Pantai Manis dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Industri.

Iklan

Selain itu, ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih dan Adun Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supian mengangkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II, manakala ADUN Labuk, Samad Jambri @ Jamri dan ADUN Bengkoka, Harun Durabi pula mengangkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Adun Matunggong, Datuk Julita Mojungki dan Adun Tulid, Flovia Ng pula sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat.

Istiadat mengangkat sumpah disusuli oleh ADUN Pitas, Datuk Ruddy Awah yang memegang jawatan Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Adun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy dilantik sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan.

Ketika istiadat itu, Juhar turut menyampaikan watikah pelantikan kepada enam ADUN dilantik terdiri daripada Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir; Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raime Unggi dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam.

Turut menerima watikah pelantikan adalah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee; Setiausaha Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan Timbalan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Amisah Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Kemenangan luar jangkaan GRS