Tiga cadangan dalam Bajet 2021 untuk lindungi pengguna

Iklan
Fred Roeder

KUALA LUMPUR – Tiga perkara telah dikemukakan oleh The Consumer Choice Center (CCC) kepada kerajaan Malaysia untuk dimasukkan dalam Bajet 2021 yang bertujuan melindungi pengguna daripada isu pasaran gelap.

Kumpulan advokasi pengguna global itu dalam satu kenyataan berkata, perkara pertama yang dicadangkan ialah menyediakan peruntukan untuk tujuan pendidikan kepada pengguna agar tidak membeli produk pasaran gelap.

Iklan
Iklan

"Peruntukan khas perlu disediakan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengadakan jerayawara ke seluruh negara untuk mendidik pengguna daripada membeli produk pasaran gelap," kata kenyataan itu hari ini.

Kedua, mengkaji semula struktur eksais dan melakukan perubahan terhadap cukai bagi menutup jurang harga antara produk sah yang kini diletakkan pada harga yang jauh tinggi disebabkan cukai dan duti eksais berbanding produk seludup.

Iklan

"Jika perbezaan harga adalah kecil, sudah tentu pengguna akan memilih produk sah dan penjenayah pasaran gelap akan kehilangan motivasi untuk menyeludup masuk barangan tidak sah," kata kenyataan itu lagi.

Ketiga, pembiayaan untuk penguatkuasaan yang lebih baik terutama di ruang e-dagang kerana agensi penguatkuasaan berkaitan seharusnya dilengkapkan dengan sumber-sumber yang diperlukan bagi membanteras pasaran gelap.

Iklan
CCC mengemukakan tiga perkara kepada kerajaan Malaysia untuk dimasukkan dalam Bajet 2021 yang bertujuan melindungi pengguna daripada isu pasaran gelap.

"Ledakan pengguna membeli barangan secara dalam talian di bawah norma baharu ini telah memberikan penjenayah pasaran gelap satu kaedah dan peluang baharu.

"Pihak berkuasa mestilah diberikan pembiayaan dan teknologi baharu bagi mencantas ancaman ini sebelum menjadi tidak dapat dikawal," kata organisasi yang mewakili pengguna di lebih 100 negara di seluruh dunia itu.

Menurut CCC lagi, pasaran gelap hari ini merupakan ancaman paling serius dan semakin meningkat terhadap pengguna-pengguna di Malaysia

Bukan itu sahaja, produk-produk yang tidak sah ini turut membahayakan pengguna kerana ia tidak dikawal selia dan kualitinya sangat buruk, malah bertoksik.

"Pasaran gelap Malaysia bernilai RM300 bilion kini menuju ke tahap `boom’ disebabkan ramai yang kehilangan kerja, kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan dan perubahan tabiat membeli akibat pandemik Covid-19 yang berterusan sekarang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan CCC, Fred Roeder berkata, pasaran rokok seludup misalnya telah menjejaskan semua pengguna di Malaysia kerana ia mengakibatkan kerajaan kerugian RM5 bilion dari segi cukai yang tidak dapat dikutip setiap tahun, merosakkan peruncit sah dan menyemarakkan rasuah di semua peringkat sektor awam.

Malah katanya, Malaysia kini menerajui dunia dari segi pasaran rokok seludup, menguasai pasaran lebih 62 peratus dari segi jumlah keseluruhan rokok yang dijual.

"Jika produk sebegitu boleh dengan mudah memasuki pasaran negara, bagaimana barangan lain seperti dadah, bahan farmaseutikal yang tiada tauliah atau barangan palsu?” katanya.

Beliau berkata, Bajet 2021 memberikan peluang ideal kepada kerajaan Malaysia untuk menangani pasaran gelap secara tegas dan menyeluruh bagi menjaga kesejahteraan pengguna Malaysia dan memperkasa semula ekonomi negara.