Minggu suai kenal UUM secara maya
Iklan
Dr Ahmad Bashawir mengadakan sesi interaksi Minggu Suai Kenal secara atas talian menerusi Facebook UUM.
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan Minggu Suai Kenal secara maya di Facebook rasmi UUM melibatkan pelajar baharu semester pertama 2020/2021, berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, UUM mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya mengadakan program itu secara dalam talian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam sesi selama satu jam itu, beliau menerangkan tentang latar belakang UUM termasuk pengurusan, staf, kemudahan disediakan, pusat pengajian serta pencapaian universiti untuk makluman pelajar baharu.
"Pandemik Covid-19 masih belum berakhir, saya ingin berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri dan sentiasa mematuhi arahan kerajaan, ia bukan sahaja kepada pelajar tempatan malah pelajar antarabangsa, antaranya Zimbabwe, India, Indonesia, Qatar dan Yemen. Diharap kita dapat memutuskan penularan wabak ini,” katanya pada sesi santai Naib Canselor bersama pelajar baharu semester pertama 2020/2021 dari Bilik Mesyuarat Naib Canselor, hari ini.
Iklan
"Saya berharap keadaan akan kembali normal dan pelajar dapat datang secara fizikal, saya yakin pelajar juga tidak sabar untuk menikmati kehidupan di kampus Sintok,” katanya.
Pada sesi itu, Dr. Ahmad Bashawir turut meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar yang bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan UUM.
Iklan
Pada kemasukan kali ini, UUM menerima 4,477 pelajar baharu menerusi pendaftaran secara online.
Daripada jumlah itu, seramai 1,169 adalah pelajar lelaki dan 3,258 pelajar perempuan manakala 50 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam