Pemergian Paimuzi kehilangan buat negara: PM

Iklan
Laporan Sinar Harian hari ini.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya satu kehilangan buat negara dan institusi agama Islam khususnya.

Menerusi catatannya di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata, beliau terkilan tidak dapat menziarahi jenazah Paimuzi.

Iklan
Iklan

"Saya terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah Allahyarham kerana sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah," katanya.

Bagi pihak kerajaan, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti Allahyarham semasa dalam perkhidmatan.

Iklan

"Saya dan keluarga juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.

"Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Iklan

Terdahulu, Unit Komunikasi Korporat JAKIM mengesahkan Paimuzi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengebumian pada petang ini.