Dasar fiskal, monetari rancakkan ekonomi negara

Iklan
Program bicara pakar tersebut diadakan secara atas talian dengan Pensyarah Kanan, Kholim Sahray sebagai moderator.

SHAH ALAM - Keutamaan kerajaan dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) akan memberikan kesan terhadap ekonomi negara.

Sehubungan itu menurut Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, dasar fiskal dan dasar monetari akan digunakan serentak untuk merancakkan ekonomi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dasar fiskal meliputi percukaian dan perbelanjaan kerajaan dengan merangka pelbagai strategi untuk merencanakan ekonomi dengan lebih efektif.

"Selain itu, kerajaan seharusnya merapatkan jurang nisbah di antara pendapatan dan harga rumah bagi memberikan peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah,” katanya selaku penceramah dalam siaran langsung program bicara pakar mengenai Cabaran Industri Harta Tanah Semasa Pandemik Covid-19 semalam.

Iklan

Seorang lagi penceramah, Pengarah Urusan, IM Global Property Consultants Sdn Bhd, Sr Haji Ishak Ismail berpendapat, kerajaan perlu mengekalkan pengecualian duti setem bukan sahaja untuk sektor perumahan tetapi meliputi sektor komersial dan industri.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Profesor Sr Dr David Martin@Daud Juanil berkata, ahli akademik perlu memupuk bakal graduan mengenai perniagaan bagi mendepani cabaran ekonomi.

Iklan

"Bakal graduan boleh mengambil peluang untuk membuka pekerjaan baharu yang akan memberikan impak positif secara berterusan dalam bidang harta tanah di negara ini,” katanya.

Program bicara pakar itu melibatkan hampir 1,400 peserta daripada alumni Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta pihak berkaitan industri harta tanah.

Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah FSPU, Dr Norbaya Ab Rahim berkata, program tersebut bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah dan strategi dalam mendepani cabaran industri harta tanah semasa pandemik Covid-19.