Tinjauan Sekitar Klang

Iklan
Pegawai keselamatan Tajul Qayyum menutup pintu pagar sekolah berikutan daerah Klang dikelaskan sebagai Zon Merah berikutan penularan COVID-19 ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Klang hari ini. Kerajaan memutuskan semua sekolah yang berada dalam zon tersebut termasuk di Klang Selangor ditutup bermula hari ini hingga 23 Oktober ekoran penularan COVID-19. Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) sebanyak 142 sekolah, termasuk sekolah swasta, ditutup berkuatkuasa hari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Merah.