AKSI Liga Premier antara Kuala Lumpur dan Kuching FA yang dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok dipinda ke satu tarikh baharu, menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan keputusan itu dibuat susulan proses kuarantin selama 14 hari yang perlu dijalani pemain dan pegawai Kuching FA dari 4 hingga 18 Okt seperti ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.