WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dijangka mempunyai cukup dos vaksin Covid-19 untuk setiap rakyat Amerika seawal Mac.
Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan AS Alex Azar pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Program vaksin Covid-19 kerajaan AS dikenali 'Warp Speed' menjangkakan sehingga 100 juta dos dapat disediakan menjelang akhir tahun ini, kata Azar semasa menyampaikan ucaptama dalam acara Goldman Sachs Healthcare yang diadakan secara maya.
"Kami jangkakan cukup untuk setiap orang Amerika yang mahukan vaksin menjelang Mac hingga April 2021," katanya.
Azar berkata, AS sedang menghasilkan dos untuk keenam-enam vaksin percubaan yang diluluskan kerajaan AS, di lebih 23 pusat kemudahan pembuatan.
Beberapa vaksin kini di peringkat fasa akhir ujian termasuk dari Moderna, Pfizer, AstraZeneca dan Johnson & Johnson. - Bernama