Warisan sambut baik keputusan BN tidak tanding PRK Batu Sapi

Iklan
Timbalan Ketua Wira Warisan Sabah, Ismail Ayob berkata, cadangan BN tidak bertanding itu perlu di sambut baik oleh semua pihak supaya tidak menyimpan hasrat bertanding atas tiket bebas. -Foto Bernama Gambar kecil: Ismail Ayob

KOTA KINABALU - Semua pihak perlu menerima keputusan Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi bagi memastikan 'status quo' kerusi Parlimen yang menjadi milik Parti Warisan Sabah (Warisan) sejak 2018 dikekalkan.

Timbalan Ketua Wira Warisan Sabah, Ismail Ayob berkata, sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berakhir, Warisan tegas dengan pendirian bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang berganding bahu memerangi virus Koronavirus (Covid-19) yang meningkat dengan mendadak tanpa menuding jari ke arah satu pihak.

Iklan
Iklan

"Warisan merupakan sebuah parti politik yang sentiasa bersedia untuk bertembung dengan mana-mana parti jika berlaku pilihan raya namun keselamatan rakyat negara ini terutama rakyat Sabah perlu diberi keutamaan.

"Justeru, semua pihak perlu menerima keputusan BN demi memastikan status quo kerusi Parlimen Batu Sapi yang menjadi milik Warisan dalam pilihan raya umum 2018 dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya lagi, cadangan itu melangkaui batas politik yang perlu di sambut baik oleh semua pihak supaya tidak menyimpan hasrat bertanding atas tiket bebas.

"Kita semua sedar bagaimana perebutan kuasa politik oleh individu tertentu menyebabkan PRN Sabah telah menjejaskan negara dalam berdepan dengan Covid-19, ketika kita hampir menang, jumlah jangkitan kini meningkat naik.

Iklan

"Rakyat kini resah dan menyalahkan pemimpin politik atas peningkatan yang berlaku. Justeru, ini masanya untuk pemimpin tampil berjiwa besar dengan memastikan kerusi itu milik Warisan. Kita tidak perlu melalui proses kempen dan hari mengundi yang akan meningkatkan lagi risiko jangkitan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: BN tidak bertanding di PRK Batu Sapi

YDP Dewan Rakyat kemuka surat arah isi kekosongan Parlimen Batu Sapi

Menurut Ismail lagi, jika kerusi itu milik Warisan, ia tidak akan mengubah landskap politik negara.

"Warisan yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah membuktikan keikhlasan parti itu ketika menerajui kerajaan Sabah untuk membantu kerajaan persekutuan berdepan pandemik Covid-19," katanya.