BINTANG Manchester United, Paul Pogba secara terbuka mendedahkan hasratnya mengubah haluan baharu tatkala dia kini masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu dengan skuad The Red Devils itu.
Difahamkan, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid menjadi pilihan utama perancang Perancis itu yang dilihat agak bergelut dengan prestasi sejak dua musim lalu ekoran masalah kecederaan.
Iklan
Iklan
"Saya percaya semua pemain bola sepak mahu bermain dengan Real Madrid. Ia juga menjadi antara impian saya. Mengapa tidak suatu hari nanti?" kata Pogba yang kini dalam tugasan bersama skuad kebangsaan Les Bleus.
Pogba adalah antara barisan pemain Perancis ketika muncul juara Piala Dunia 2018, namun dia hanya mampu menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga sejak kembali menyertai United dari Juventus pada 2016.
"Saya cintakan kelab saya. Saya beraksi baik di Manchester, saya gembira dan mahu melakukan segala-galanya untuk meletakkan kelab itu di tempat yang selayaknya.
"Saya akan memberikan segala-galanya, sama seperti rakan-rakan sepasukan saya yang lain. Kami semua mahu bangkit ke tahap terbaik," katanya yang masih mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga Jun tahun depan.
Artikel Berkaitan