Osman nafi akan sertai PKR

Iklan
Osman Sapian

JOHOR BAHRU- Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menegaskan dirinya masih bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus menafikan khabar angin kononnya beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kempas itu berkata, beliau tidak akan sesekali menyertai parti lain setakat ini.

Iklan
Iklan

"Khabar angin gunung mana ini? Adakah angin Gunung Pulai?

"Tidak, tidak, saya tidak sertai PKR. Saya masih ahli Bersatu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Osman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam sering dikaitkan dengan tindakan lompat parti berikutan beberapa tindakannya yang sebelum ini dilihat pro pembangkang termasuk ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim.

Bersatu Johor kini mempunyai 12 ADUN, manakala UMNO dan DAP masing-masing 14 ADUN, Amanah (sembilan), PKR (empat), MIC (dua) dan Pas (satu).

Iklan

Kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) kini mempunyai 29 kerusi sementara Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi.