Bomba tangkap ular sawa telan babi hutan

Iklan
Pihak bomba memaklumkan sebaik tiba di lokasi mendapati ular sawa berada di dalam parit di tepi jalan menuju ke rumah penduduk.

BATU PAHAT- Seekor ular sawa sepanjang tujuh meter dan seberat 100 kilogram (kg) yang kekenyangan selepas menelan babi hutan ditangkap di dalam parit tepi jalan di Kampung Parit Semo, Ayer Hitam hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera FRT dihantar ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor ular sawa berada di dalam parit di tepi jalan menuju ke rumah penduduk.

Iklan
Ular sawa itu berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira tujuh minit dengan menggunakan penjerut.

"Menurut pemanggil yang juga penduduk berusia lingkungan 40an, dia ternampak ular sawa itu ketika melalui kawasan parit berkenaan lalu bertindak menghubungi bomba," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shalneeraj, ular sawa itu berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira tujuh minit dengan menggunakan penjerut.

Iklan

Jelasnya, replitia tersebut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor.