Vaksin bukan 'magik', kata Dr Jemilah

Iklan
Dr Jemilah ketika Program Sinar Live bertajuk Vaksin Covid-19: Ada atau tidak? yang disiar secara langsung di semua platfom Sinar Harian hari ini.

SHAH ALAM - Masyarakat perlu sedar bahawa vaksin bukan 'magik' yang boleh memberi kesembuhan atau menghindari sepenuhnya seseorang itu daripada dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebaliknya berkata, vaksin atau ubat paling mujarab untuk memutuskan pandemik itu adalah dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau melakukan tindakan kesihatan awam.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, meskipun vaksin untuk wabak tersebut akan ditemui, namun ia tetap memberi kesan berbeza terhadap setiap individu.

"Vaksin ini bukan magik. Vaksin ini bila diberi kepada setiap orang (ia) akan mendapat reaksi yang berbeza. Ada kemungkinan pun kita akan dapat reaksi yang maknanya yang mungkin dalam 50 hingga 60 peratus (berkesan), tidak semestinya 100 peratus.

Iklan

"Jadi, walaupun kita ada vaksin atau tidak ada vaksin, yang paling penting untuk pencegahan adalah dengan mengikut SOP sedia ada KKM kerana tindakan kita memakai mask (pelitup muka) di tempat yang sesak dan sebagainya, membasuh tangan dengan kerap, menjaga jarak boleh mengurangkan risiko kita (dijangkiti) adalah 80 peratus.

"Berbanding dengan (ada) vaksin yang mengurangkan risiko 50 hingga 60 peratus. Jadi sama ada ada vaksin atau tidak, (hanya) kita yang boleh mengurangkan risiko (jangkitan)," katanya pada Sinar Live bertajuk Vaksin Covid-19: Ada atau tidak? yang disiar secara langsung di semua platfom Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Jemilah berkata, virus Covid-19 kini sudah berada dalam masyarakat di serata dunia termasuklah Malaysia.

Justeru katanya, bagi melandaikan lekuk atau menurunkan kes jangkitan wabak itu, ia bergantung kepada tabiat masyarakat itu sendiri.

"Vaksin tidak tentu akan mengurangkan risiko kita dapat jangkitan Covid-19, tidak tentu bila boleh siap dan tidak tentu sama ada ia selamat.

"Jadi tindakan kita sebagai individu, sebagai satu keluarga, sebagai satu masyarakat adakah vaksin terbaik pada masa ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19 mesti boleh diakses semua negara, orang ramai