Sabah diminta perbaiki kerjasama dengan pembangkang

Iklan
Sudah tiba masanya ahli-ahli politik di Sabah meletakkan kepentingan negeri melebihi segalanya.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta memperbaiki kerjasama dengan pembangkang untuk memulihkan ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli politik di negeri ini meletakkan kepentingan negeri melebihi segalanya.

Iklan
Iklan

"Kerjasama yang baik dan erat dalam kalangan pemimpin di bawah GRS pastinya boleh menjayakan agenda pembangunan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan GRS juga harus bersikap inklusif demi melancarkan gerak kerja pembangunan negeri Sabah dan kerjasama di antara pihak pembangkang juga harus diperbaiki demi masa depan anak Sabah kita," katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Iklan

Menurutnya, pada ketika ini agenda utama adalah untuk memulihkan ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah.

"Rakyat Sabah sedang memerhati dan menilai sejauh mana pencapaian kerajaan GRS.

Iklan

"Marilah kita bersatu di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor untuk kelangsungan pembangunan Sabah dan kesejahteraan anak-anak Sabah kita," katanya.

Terdahulu, beliau turut bersyukur apabila barisan Kabinet Sabah berjaya dibentuk menerusi pelantikan Menteri dan Pembantu Menteri pada Khamis lalu.

Sementara itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Sabah dalam kenyataannya turut mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet negeri dan menganggap pelantikan itu sebagai penghargaan kepada GRS untuk mengukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam berparti.

"Menerusi pelantikan ini, Perikatan Nasional (PN) dalam GRS akan menjadi lebih kukuh untuk menerajui pentadbiran negeri Sabah di samping turut memberi peluang kepada gabungan parti memberi pandangan dan idea dalam misi memajukan Sabah.

"Armada Sabah berharap perpaduan dalaman parti lebih kukuh sekali gus dapat membawa Sabah lebih maju ke hadapan dan turut bersama-sama memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) sehingga berjaya," katanya.