Focus Dynamics pegang 12.19 peratus saham Brahims

Iklan
Focus Dynamics Group Bhd mengambil alih sebanyak 12.19 peratus kepentingan dalam Brahims Holdings Bhd.

FOCUS Dynamics Group Bhd, syarikat gaya hidup, hiburan dan makanan dan minuman (F&B) yang sedang pesat berkembang telah mengambil alih sebanyak 12.19 peratus kepentingan dalam Brahims Holdings Bhd.

Focus Dynamics dalam satu kenyataan berkata, pengambilalihan itu sejajar dengan strategi untuk meningkatkan aset dalam perniagaan F&B dan memperbaharui model perniagaan tradisional syarikat dengan menyuntik elemen teknologi digital dan konsep moden.

Iklan
Iklan

"Pengambilalihan ini menyediakan Focus Dynamics perkongsian kukuh dengan syarikat sudah lama bertapak dalam penyediaan perkhidmatan F&B berkualiti dan cekap.

"Ia digabungkan lagi dengan rancangan komprehensif kami untuk memperbaharui semula perkhidmatan F&B kepada persekitaran lebih digital dan moden," menurut kenyataan itu.

Iklan

Brahims adalah peneraju perkhidmatan penyediaan makanan dalam penerbangan terkemuka dengan perniagaannya merangkumi pelbagai bidang termasuk perkhidmatan logistik, penyimpanan, katering dan restoran.

Dapur pusat Brahims yang turut diiktiraf sebagai pusat halal terbesar dunia menyediakan sehingga 60,000 juadah sehari.

Benson Tay Ben Seng

Iklan

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Focus Dynamics, Benson Tay Ben Seng berkata, dengan rancangan untuk mendigitalkan dapur, rangkaian e-dapur dan cawangan utamanya, pengambilalihan itu menjadi langkah penting untuk mewujudkan platform operasi kukuh bagi memenuhi rancangan pengembangan serta pertumbuhan syarikat.

"Dengan akses kolaboratif ke dapur pusat yang besar, rekod prestasi yang boleh dipercayai dan terbukti, rangkaian logistik yang lengkap serta menggabungkan konsep moden, kami yakin dapat meningkatkan pengalaman pengguna ke arah penggunaan teknologi yang menjadi fokus kepada Focus Dynamis," katanya.

Focus Dynamics Group Bhd, syarikat gaya hidup, hiburan dan makanan dan minuman (F&B) yang sedang pesat berkembang.

Beliau berkata, platform ini membolehkan syarikat mempercepatkan rancangan untuk mengembangkan rangkaian lengkap dengan menawarkan perkhidmatan dapur komersial kepada pelanggan korporat, rakan niaga sedia ada serta perkhidmatan dapur awan termasuk portfolio restoran dan kedai hiburan sendiri.

Ben Seng berkata, jalinan hubungan dengan Brahims membolehkan mereka membuka untuk rangkaian perdagangan antarabangsa menerusi syarikat penerbangan dan perkhidmatan katering dalam pesawat untuk jenama produk Focus.

"Dengan memiliki akses kepada dapur pusat terbesar di Kuala Lumpur dan dengan portfolio pelanggan yang ada, akan membolehkan kami mengubah beberapa konsep untuk menjadi operasi lebih berdaya maju lebih pantas berbanding pendekatan organik," katanya.