Kecoh seorang jemaah masjid di Sikamat positif Covid-19

Iklan
Kerja-kerja pembersihan dilakukan di masjid itu petang semalam.

SEREMBAN - Kecoh di media sosial apabila terdapat dakwaan seorang jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, Seremban disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19).

Pemangku Pengerusi Masjid, Najib Nubhan Khairuddin berkata, maklumat yang tular sejak semalam itu didakwa tidak tepat kerana individu berkenaan menunaikan solat Jumaat pada 2 Oktober lalu dan bukannya semalam.

Iklan
Iklan

"Saya akui, berita yang tular tersebut telah menimbulkan ketakutan kepada masyarakat di sini sejak malam tadi.

"Saya tidak menang tangan untuk menjawab mesej dan panggilan telefon mengenai hal berkenaan.

Iklan

"Berita yang sahihnya, berlaku kes positif yang solat di masjid itu pada Jumaat yang lepas (2 Oktober), bukan semalam. Individu itu telah pun disaring dan ternyata dia positif.

Proses sanitasi yang dilaksanakan oleh pihak KKM

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melakukan semakan semula sejarah perjalanannya dan antara tempat dia pergi adalah Masjid Sikamat (Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat) untuk solat Jumaat," katanya di sini hari ini.

Iklan

Najib berkata, masjid berkenaan hanya ditutup sementara pada waktu solat Maghrib dan Isyak serta beroperasi semula seperti biasa bagi solat Subuh tadi.

"Penutupan sementara itu adalah kerana pihak KKM melakukan proses sanitasi di masjid lebih kurang pada jam enam petang," katanya.

Jelasnya lagi, pihak jawatankuasa masjid berkenaan masih menunggu keputusan daripada KKM dan setakat ini, tiada arahan rasmi untuk penutupan masjid tersebut.