Jangan cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah

Iklan

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan Eksesais Paradise Siri 7/2020 melibatkan ruang udara sekitar Semenanjung Malaysia bermula esok hingga 23 Oktober depan.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, eksesais itu memerlukan penerbangan rendah beberapa jenis pesawat milik pasukan keselamatan itu pada waktu siang dan malam, di kawasan digazet sebagai lokasi eksesais.

Iklan
Iklan

"Antara pesawat yang terlibat termasuk pesawat pejuang F/A-18D, Su-30MKM dan Hawk 108/208; pesawat pengangkut C-130H, A400M dan CN 235 selain helikopter EC-725 AP.

"Berikutan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah, sepanjang tempoh eksesais berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan, latihan berkenaan dilakukan pihak TUDM dalam memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan, sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya bagi melindungi kedaulatan ruang udara negara. - Bernama