Ramai pembaca cuba nasib

Iklan

KUANTAN - Para pembaca setia akhbar Sinar Harian di Pahang menyambut baik penganjuran Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Hadiah lumayan yang ditawarkan kepada pemenang sememangnya menarik minat pembaca untuk mencuba nasib.

Iklan
Iklan

Rata-rata pembaca melahirkan rasa teruja untuk merebut peluang tersebut, apatah lagi dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000 dan pelbagai hadiah iringan serta sagu hati yang menanti pemenang.

Pembaca Sinar Harian yang merupakan seorang usahawan, Nur Hazwani Mohd Hanafiah, 32, berterima kasih kepada Sinar Harian kerana menganjurkan peraduan bagi menghargai pembaca setia.

Iklan

"Saya memang minat menyertai peraduan sebegini. Untung nasib kita siapa yang tahu, mungkin tuah saya ada pada peraduan ini.

"Tak salah pun mencuba. Kalau menang hadiah wang tunai, bolehlah saya gunakan untuk tambah modal perniagaan dan selebihnya menyumbang kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Iklan

Sementara itu, bagi seorang pekerja swasta, Camelia Salleh, 38, dia akan menghantar borang peraduan tersebut sebanyak yang mungkin.

"Saya akan cuba, manalah tahu rezeki saya.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19), Peraduan Sinar Harian Di Hatiku menjadi platform kepada orang ramai khususnya pembaca Sinar Harian untuk mencuba nasib bagi merebut hadiah yang ditawarkan,” katanya.

Menurutnya, peraduan tersebut menguji kemampuan pembaca untuk mengenali lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia.

Bagi seorang lagi pembaca, Norabe’ah Mustafa pula, peraduan itu dilihat sebagai cara Sinar Harian mendekati pembaca setia.

Menurutnya, melalui penganjuran Peraduan Sinar Harian Di Hatiku, pembaca mudah tertarik, seterusnya membeli dan mengenali akhbar Sinar Harian.

"Terima kasih Sinar Harian kerana sering menganjurkan peraduan menarik dengan hadiah yang berbaloi,” katanya.

Selain hadiah wang tunai, pembaca Sinar Harian berpeluang memenangi hadiah-hadiah iringan dan sagu hati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Peraduan yang bertemakan Malaysia Indah itu bermula pada 5 Oktober lalu sehingga 29 November depan.