Sindiket proses, jual air ketum tumpas

Iklan
Wan Mohd Zahari (tengah) dan Yusof (kanan) menunjukkan air ketum yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah, petang semalam.

RAUB- Dua wanita antara empat suspek yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti memproses dan menjual air ketum di Kampung Baru Bukit Koman sejak hampir setahun lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, keempat-empat suspek yang berusia 19 hingga 22 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di kampung terbabit pada jam 1.15 petang semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keempat-empat suspek terbabit berasal dari daerah itu dan masih bujang.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui polisterin yang mengandungi 47 bungkusan plastik lut sinar seberat 47 liter yang diikat dengan getah berisi cecair berwarna kehijauan disyaki air ketum dengan nilainya dianggarkan RM700.

Iklan

"Kesemua suspek termasuk seorang daripada mereka yang pernah ditahan akibat kesalahan sama direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintenden Yusof Kamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 (3)Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kita masih menyiasat sumber daun ketum yang digunakan yang dipercayai diambil dari kawasan Felda Mempaga di Bentong dan dijual untuk pasaran penduduk setempat," katanya.